fbpx

Truck Fighter 1.0 himpun 5,000 peminat automotif, pupuk inovasi bidang modifikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peserta program menyertai Truck Fighter 1.0 yang berperanan meningkatkan inovasi bidang modifikasi.

PUTRAJAYA – Lebih 5,000 peminat dunia automotif berkumpul memeriahkan acara sulung perhimpunan terbesar komuniti kenderaan 4×4 di Malaysia, Truck Fighter 1.0 Meet & Show yang dianjurkan semalam.

Menurut penganjur program, acara itu meraikan semua pemilik kenderaan 4×4 terutamanya generasi muda dan usahawan bengkel 4×4 di seluruh Malaysia.

Katanya, acara itu juga menyediakan platform yang mesra keluarga dan inklusif bagi anak muda untuk melibatkan diri dalam hobi pemotoran.

“Ia juga sebagai platform memupuk inovasi dan kreativiti dalam dunia automotif, khususnya dalam bidang modifikasi serta teknologi kenderaan.

“Ia bukan sekadar platform untuk dunia 4×4, tetapi turut membawa gaya hidup keluarga yang sarat dengan elemen perkongsian dan interaksi dalam kalangan komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dimensi jaringan ini turut diperluas melalui kehadiran wakil syarikat automotif terkemuka serta undangan dari Thailand yang membuka ruang luas bagi membina hubungan strategik dan pertukaran pengalaman berharga dalam industri pemotoran 4×4.

“Sambutan menggalakkan serta penyertaan pelbagai pihak, acara ini membuktikan potensi besar komuniti 4×4 sebagai pemacu inovasi, jaringan industri dan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Program ini membuka peluang kepada bengkel perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mempromosikan jenama serta perkhidmatan mereka kepada khalayak yang lebih luas.

“Ia turut menjadi platform penting untuk membina rangkaian kerjasama di seluruh negara dan juga dengan negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia, sekali gus memperkukuh hubungan dalam industri permotoran serantau,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI