fbpx

Penat berdiri tapi berbaloi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas PBAKL yang juga dikenali sebagai Duta Buku ketika memberi tunjuk arah kepada pengunjung yang hadir pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-42 ketika tinjauan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seramai 45 anak muda menyertai sukarelawan ‘duta buku’ sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang dilihat sebagai inisiatif bijak untuk menampung perbelanjaan harian.

Mereka berperanan membantu pengunjung menunjukkan arah dan maklumat sepanjang 10 hari PBAKL 2025 berlangsung dengan elaun harian sebanyak RM120.

Penuntut lepasan matrikulasi, Nur Ibrohim Khalilullah Mohd Khidzer, 20, berkata, wang itu membantunya dalam perbelanjaan harian sementara menunggu panggilan kemasukan ke universiti.

“Elaun RM1,200 untuk 10 hari sangat mencukupi. Saya membelanjakan RM50 setiap harian, selebihnya (RM70) disimpan. Alhamdulillah, dapat juga menyimpan sebelum meneruskan pengajian nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo! Semalam.

Bagi Nur Qadirah Abdullah, 19, ini kali pertama dia menyertai PBAKL untuk mencari wang poket selepas tamat pengajian matrikulasi.

“Saya memang nak cari duit (pendapatan), jadi saya cuba memohon tidak sangka pula dapat. Walaupun pertama kali melakukan kerja sambilan, namun seronok sebab suasana pesta buku kali ini meriah,” katanya.

Sementara itu, Nur Kaisah Kamilia Mohamad Fauzy, 22, pula berkata, dia kembali menyertai pasukan tersebut dengan penyertaan kali pertama pada tahun lalu.

“Saya tahu mengenai peluang ini daripada rakan-rakan. Tahun lepas saya sertai sebab minat walaupun suka-suka, dapat pengalaman dan duit poket,” katanya.

Pelajar Kolej Poly-Tech Mara Bangi, Azirul Abdullah, 21, memberitahu, kerja sambilan itu bersesuaian untuk pelajar sepertinya kerana tidak mengganggu pelajaran dan pada masa sama memberikan pendapatan tambahan.

“Elaun RM1,200 amat berbaloi lagipun sekarang cuti semester, jadi saya manfaatkan masa lapang dengan melakukan kerja ini. Memang penat tapi pengalaman ini sangat berbaloi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI