fbpx

Pihak pengurusan KDN FC nyatakan komitmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA KDN FC bakal menerima hak mereka apabila pihak pengurusan berjanji untuk melunaskan segala-galanya secara berperingkat.

KEMELUT antara Kelantan Darul Naim FC dan bekas pemain semakin parah apabila kedua-dua pihak tampil dengan kenyataan masing-masing untuk mempertahankan diri membabitkan tunggakan yang sedang dihadapi kelab itu.

Beberapa pemain menggunakan platform media sosial untuk memperjuangkan hak, manakala pengurusan tertinggi KDN FC turut menyatakan pihaknya sudah pun memenuhi segala syarat dan kriteria ditetapkan oleh First Instance Body (FIB) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sepanjang permohonan lesen kebangsaan.

Presiden KDN FC, Rozi Muhamad, berkata bayaran (tunggakan gaji) sedang dilakukan secara terancang, berperingkat dan akan diselesaikan sepenuhnya dalam masa terdekat, malah sudah pun mencapai persetujuan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Selain itu, kelab turut menegaskan bahawa pembayaran melibatkan caruman KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga sedang dilaksanakan secara berjadual.

“Persetujuan bersama telah dicapai antara kelab dan KWSP dan bayaran telah pun dimulakan sejak pertengahan April 2025.

“Tindakan-tindakan ini adalah sebahagian daripada komitmen Transformasi Era Baharu KDNFC yang memberi penekanan kepada ketelusan, pematuhan dan kebajikan semua pemain dan staf.

“Kami memohon agar semua pihak memberikan ruang dan sokongan kepada proses ini agar ia dapat dilaksanakan dengan menyeluruh dan berhemah,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi.

Sementara itu, beberapa bekas pemain mendakwa pengurusan kelab berbohong dan mengatakan tunggakan gaji pemain lebih daripada tiga bulan, berbeza dengan apa yang dikatakan oleh Rozi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI