fbpx

Empat nelayan Myanmar bekerja secara haram ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat nelayan warga Myanmar yang ditahan APMM Perak di peraiaran Pulau Buloh di Lumut kelmarin. - Foto IHSAN APMM

LUMUT – Seramai empat warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak di atas vesel nelayan tempatan (VNT) di kedudukan 12.5 kilometer barat daya Pulau Buloh di sini kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, tangkapan tersebut dilakukan ketika pihaknya menahan VNT terbabit untuk pemeriksaan kerana beroperasi di kawasan yang tidak dibenarkan.

Beliau berkata, siasatan mendapati VNT tersebut menggajikan warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan bahkan empat warga Myanmar yang mengendalikan vesel itu didapati mempunyai dokumen pengenalan diri meragukan.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. Vesel, kesemua awak-awak, peralatan menangkap ikan dan hasil laut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Dalam operasi berasingan, beliau berkata, sebanyak 80 set bubu naga turut dirampas di perairan Pulau Talang, di sini, yang merupakan kawasan panas penggunaan peralatan haram tersebut.

“Bubu naga berisiko tinggi memusnahkan ekosistem laut. Penggunaannya dilarang dan pemilik boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI