fbpx
Mohd. Mufsi (kanan) meninjau jualan telur ayam pada sambutan Hari Penguat Kuasa ke-53 peringkat Terengganu di Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KPDN Terengganu kesan 338 kes kesalahan kepenggunaan, rampas RM725,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu mengesan 338 kes kesalahan membabitkan pelbagai kesalahan kepenggunaan sejak awal bulan ini.

Pengarah KPDN negeri, Mohd. Mufsi Lat berkata, ia melibatkan rampasan kira-kira RM725,000.

“KPDN Terengganu juga telah mengeluarkan notis kompaun berjumlah keseluruhan RM122,400.

“Sebanyak 102 kes tersebut dikesan di Kuala Terengganu, Besut (88 kes), Dungun (80 kes), Kemaman (39 kes) dan Hulu Terengganu (29 kes),” katanya di Muzium Negeri Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui pada
sambutan Hari Penguat Kuasa ke-53 peringkat Terengganu yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Aris Mamat.

Mohd. Mufsi berkata, 181 kes terbabit melibatkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972 (114 kes) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (24 kes).

Beliau berkata, 12 kes lagi dikesan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Perihal Dagangan 2011 (enam kes) dan Akta Cap Dagangan (satu kes).

“Kesemua kesalahan itu dikesan hasil 9,738 pemeriksaan di seluruh negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI