fbpx

Bekas pemain Harimau Malaya meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS pemain kebangsaan, T Gopinath Naidu meninggal dunia akibat serangan jantung.

KUALA LUMPUR – Malaysia kehilangan seorang lagi individu hebat dalam dunia bola sepak apabila bekas pemain kebangsaan, T. Gopinath Naidu meninggal dunia kerana serangan jantung.

Ketika masih bergiat aktif pada era 90an, T. Gopinath Naidu pernah menyarung jersi Kuala Lumpur pada 1992 hingga 1994 dan Perak (1996) dan mewakili negara pada kelayakan Sukan Olimpik 1996.

“Takziah. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang T. Gopinath Naidu atas pemergian bekas pemain kebangsaan, pagi tadi,” menurut ciapan FAM di laman media sosial.

Antara pencapaiannya adalah memenangi Piala FA bersama skuad The City Boys pada 1993 dan 1994. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI