fbpx

Serie A: Napoli sah julang Scudetto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAPOLI menjulang kejuaraan Serie A selepas mencatat kemenangan ke atas Cagliari untuk meraih kelebihan satu mata berbanding Inter. - AFP

NAPLES – Pengendali Napoli, Antonio Conte mengakui kejayaan membantu pasukan menjulang trofi Serie A adalah yang paling sukar dalam karier selepas menewaskan Cagliari 2-0 pada aksi terakhir awal pagi semalam.

Keputusan tersebut menyaksikan Napoli berjaya merampas kembali gelaran Serie A yang dimenangi pada edisi 2023 dengan hanya dibezakan satu mata berbanding pencabar terdekat, Inter Milan.

Lebih manis, Conte kini mencipta sejarah menjadi jurulatih kedua selepas Fabio Capello yang menjulang trofi Scudetto bersama tiga kelab yang berbeza, Juventus, Inter dan Napoli.

“Saya teruja impian menjadi realiti kerana sebelum kita tiba di stadium, sambutan daripada penduduk sekitar sangat luar biasa. Justeru, kita tidak mahu mengecewakan mereka terutama apabila pasukan hanya menamatkan kedudukan di tangga ke-10 musim lalu.

“Justuru, bukan mudah untuk lakukan apa yang kami buat pada musim ini kerana membimbing Napoli sejak tahun lalu adalah cabaran terbesar dalam karier.

“Saya juga terpaksa meyakinkan beberapa pemain terbaik kami untuk kekal dengan merampas gelaran Serie A musim ini,” kata Conte.

Mengulas mengenai masa depannya, bekas pengendali Tottenham Hotspur itu mahu berbincang dengan pengurusan tertinggi sebelum membuat keputusan lanjut.

“Saya belum pasti lagi mengenai musim depan tetapi hubungan saya bersama presiden kelab, Aurelio De Laurentiis sangat baik kerana kami berdua ada mentaliti juara,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI