fbpx

Gadis dijel 9 bulan mengaku gugur janin demi kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menyebabkan janin berusia lima bulan dalam kandungannya mati selepas dilahirkan. - Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON

MELAKA – Seorang wanita dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menggugur kandungan berusia lima bulan minggu lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Norazzeti Azima Awang Long, 21, membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, gadis itu didakwa mengambil ubat dengan niat untuk menghalang kelahiran bayi pada pukul 10 malam, 12 Mei lalu di daerah Melaka Tengah.

Mengikut fakta kes, wanita itu pergi ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami bengkak susu dan mendakwa keguguran.

Bagaimanapun, tertuduh yang masih bujang itu mengaku mengambil ubat untuk menggugurkan kandungan yang dibeli di TikTok pada 12 Mei lalu dan menyerahkan janin kepada rakannya untuk ditanam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI