fbpx

Tze Yong rehat sekurang-kurang dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG akan terlepas kejohanan Terbuka Singapura yang bermula Selasa depan kerana perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu. - ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Ng Tze Yong mengalami kecederaan lutut ketika beraksi pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan badan induk itu hari ini, Tze Yong terpaksa menarik diri ketika sedang beraksi di pusingan pertama ekoran rasa tidak selesa dialami pada lutut kanannya.

“Hasil pemeriksaan perubatan mendapati dia mengalami kecederaan regangan pada lutut dan akan direhatkan sekurang-kurangnya dua minggu bergantung kepada perkembangan semasa.

“BAM mendoakan proses pemulihan Tze Yong berjalan dengan lancar dan semoga dia segera sembuh,” kata BAM menerusi kenyataan tersebut.

Pada pusingan pertama semalam, Tze Yong sudah sebelah kaki untuk ke pusingan kedua apabila menang 22-20 ke atas pemain Hong Kong, Ng Ka Long di set pertama sebelum dia terpaksa menarik diri ketika sedang mendahului 4-3 di set kedua.

Ketika itu, Tze Yong secara tiba-tiba hilang keseimbangan sebelum terjatuh, sekali gus menyaksikan dia terpaksa mengambil keputusan menarik diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI