fbpx

Suami tergamak curang dengan ibu mentua sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BR menjalin hubungan sulit dengan ibu mentuanya sendiri. - Gambar hiasan

JAKARTA – Seorang lelaki di Soppeng, wilayah Sulawesi Selatan menjadi perhatian ramai kerana menjalin hubungan sulit dengan ibu mentuanya sendiri, lapor laman berita iNews semalam.

Menurut laporan, lelaki yang hanya dikenali sebagai BR itu sebelum ini tinggal bersama isterinya, AL, dan ibu mentuanya, FR, 36.

Hubungan sulit mereka yang bermula sejak tahun lalu akhirnya meruntuhkan rumah tangga BR apabila ibu mentuanya didapati hamil.

Ketua Polis Soppeng, Asisten Komisioner Aditya Pradana berkata, proses rundingan sudah diadakan sesama mereka dan BR membuat keputusan untuk menceraikan AL.

“Pihak keluarga perempuan menerima kejadian itu sebagai musibah. Mereka memberi syarat agar BR menceraikan AL serta menikahi ibu mentuanya,” kata Aditya.

Sementara itu, menurut Ketua Kampung Abbanuange, Buhari, proses perceraian BR dan AL telah diserahkan ke Mahkamah Agama Soppeng dan mereka dijadualkan hadir ke mahkamah pada 27 Mei ini. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI