fbpx

Hilang di Nilai, jumpa di tepi hutan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURHIDAYAH Jamalludin, 17,berjaya ditemui selepas keluar dari rumahnya di Kampung LB Johnson, Nilai di sini. FOTO: IHSAN PEMBACA.

SEREMBAN – Seorang remaja perempuan yang hilang ketika hendak ke sekolah pada Khamis lalu di Nilai, ditemui dalam keadaan selamat di tepi hutan di Perak.

Bapa saudaranya, Mohd. Shazali Muhamad, 47, berkata, Nurhidayah, 17, telah menghubungi sendiri ibunya pada pukul 11.30 pagi semalam memaklumkan lokasi keberadaannya.

“Nurhidayah menelefon ibunya dan beritahu dia ditinggalkan di tepi hutan sebelum dijumpai oleh seorang wanita yang membawanya pulang ke rumah di Meru Jaya, Ipoh.

“Saya telah memaklumkan mengenai perkara itu kepada pegawai penyiasat kes yang kemudian telah memaklumkan pihak polis di sana,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, Nurhidayah telah dibawa ke Balai Polis Jelapang, Ipoh dan remaja itu berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Dia sendiri telah pergi ke balai polis berkenaan untuk mengambil anak saudaranya di Ipoh. Dia kelihatan sedikit lemah dan kini telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI