fbpx

Aaron Tai-Khai Xing cipta kebangkitan di Malaysia Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEREGU lelaki remaja negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing memulakan kempen Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2025 dengan langkah kanan selepas menumbangkan finalis Terbuka Thailand, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer di Axiata Arena, hari ini. GAMBAR: Iskandar Ishak

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki remaja negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing memulakan kempen Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2025 dengan langkah kanan apabila menumbangkan finalis Terbuka Thailand, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer pada aksi pusingan pertama di Axiata Arena, semalam.

Kemenangan tersebut turut dibantu oleh nasihat dan dorongan daripada jaguh beregu lelaki negara, Aaron Chia-Sooh Wooi Yik yang berkongsi beberapa tip taktikal sebelum perlawanan untuk mencipta kemenangan ke atas gadingan No. 50 dunia itu.

Meskipun bermula goyah dan tewas di set pertama, gandingan muda No. 58 dunia itu bangkit cemerlang untuk mencatat kemenangan 12-21, 21-11, 21-17 dalam masa 48 minit.

Menurut Khai Xing, saranan Aaron-Wooi Yik dimanfaatkan sepenuhnya terutama mengenai gaya permainan lawan dari Denmark itu yang mereka tewaskan di final Terbuka Thailand.

“Aaron-Wooi Yik sempat berkongsi beberapa petua, termasuk cara membaca arah bulu tangkis lawan dan bagaimana untuk mengawal permainan. Ia sangat membantu kami hari ini,” katanya selepas tamat perlawanan di sini hari ini.

Khai Xing turut berharap kemenangan itu bukan sahaja memberi tonik terbaik kepada gandingan muda negara, malah memberi keyakinan tambahan menjelang aksi lebih mencabar di pusingan kedua esok menentang pilihan ketujuh kejohanan, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark.

“Kami mahu kekalkan momentum ini dan berikan aksi terbaik, terutama di depan penyokong sendiri yang datang memberi sokongan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI