fbpx

Cuaca buruk di Langkawi, Klang hingga tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat berserta angin kencang di tiga negeri hingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan Perlis, Kedah dan Selangor.

“Cuaca buruk dijangka berlaku di Kedah iaitu di kawasan Langkawi dan Kubang Pasu, manakala di Selangor membabitkan daerah Klang,” katanya menerusi kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI