fbpx
KUALITI tidur sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental. – GAMBAR HIASAN

K2

Pantauan tidur pintar untuk gaya hidup sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIDUR merupakan antara aktiviti yang menjadi keperluan utama bagi manusia dan sangat penting untuk menjaga kesihatan tubuh serta fikiran.

Keperluan kepada tidur yang cukup iaitu selama 8 jam pada waktu malam amat penting kerana manusia boleh terdedah kepada banyak risiko penyakit sekiranya tidak mendapatkan waktu tidur yang cukup

Kualiti tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan fizikal dan mental seseorang. Dalam dunia yang semakin sibuk dan penuh tekanan, ramai individu menghadapi masalah tidur seperti insomnia, tidur tidak lena atau rasa letih walaupun setelah tidur lama. 

Bagi membantu pengguna memahami dan memperbaiki corak tidur mereka, aplikasi SleepScore hadir sebagai salah satu penyelesaian teknologi kesihatan.

Menurut perkongsian daripada portal CNET, SleepScore merupakan aplikasi pemantauan tidur yang dibangunkan berdasarkan kajian saintifik selama lebih satu dekad oleh pakar tidur. 

SLEEPSCORE merupakan aplikasi pemantauan tidur yang dibangunkan berdasarkan kajian saintifik selama lebih satu dekad oleh pakar tidur.

“Aplikasi ini menggunakan teknologi sonar tanpa sentuhan untuk mengesan corak pernafasan dan pergerakan pengguna sepanjang malam. 

“Dengan hanya meletakkan telefon pintar berdekatan katil, SleepScore dapat merekodkan data tidur secara tepat tanpa perlu memakai sebarang peranti di badan,” katanya.

Tambahnya, salah satu ciri utama SleepScore ialah analisis tidur terperinci yang dibentangkan dalam bentuk grafik mudah difahami. 

Setiap pagi, pengguna akan menerima skor tidur berdasarkan beberapa faktor utama seperti tempoh tidur, kecekapan, masa tertidur dan masa bangun. 

Skor ini memberikan gambaran menyeluruh tentang kualiti tidur seseorang dan membantu mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki.

Selain itu, SleepScore juga menawarkan cadangan dan panduan peribadi yang direka khusus mengikut corak tidur pengguna. Aplikasi ini memberikan tip harian yang disokong oleh kajian saintifik, termasuk cadangan masa tidur yang optimum, saranan aktiviti sebelum tidur serta perubahan gaya hidup untuk meningkatkan tidur. 

ANALISIS tidur terperinci dibentangkan dalam bentuk grafik mudah difahami.

“Pengguna juga boleh menetapkan matlamat tidur dan menjejak kemajuan mereka dari semasa ke semasa.

“Bagi mereka yang mengalami gangguan tidur kronik, SleepScore membolehkan pengguna memuat turun laporan tidur dalam Format Dokumen Mudah Alih (PDF). untuk dikongsi dengan doktor atau pakar kesihatan yang sangat berguna dalam membantu proses diagnosis dan rawatan,” ujarnya.

Tambahan lagi, aplikasi ini tidak hanya sesuai untuk individu dewasa, malah turut membantu golongan remaja dan warga emas yang ingin menambah baik corak tidur mereka. Antara muka aplikasi yang mesra pengguna serta sokongan teknikal yang efisien menjadikan SleepScore pilihan utama ramai pengguna di seluruh dunia.

Secara keseluruhannya, SleepScore bukan sekadar aplikasi, tetapi satu alat kesihatan digital yang berupaya meningkatkan kualiti hidup melalui pemantauan tidur yang canggih dan mudah digunakan. 

Dengan tidur yang lebih baik, seseorang bukan sahaja lebih bertenaga, malah lebih sihat dari segi mental dan fizikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN