fbpx

Lelaki terpelanting disambar petir depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN pokok durian patah akibat disambar petir dalam kejadian di Kampung Batang Melaka, Jasin, petang semalam.

JASIN – Seorang lelaki berselisih ajal apabila hanya cedera selepas dipanah petir ketika cuba menutup pintu kereta di rumahnya di Kampung Batang Melaka, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, mangsa, Muhammad Hafizuddin Mihat, 34, mengalami kecederaan ringan.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia memegang payung untuk menutup pintu kereta dalam keadaan cuaca hujan lebat.

“Saya baru sahaja hampir ke kereta, tiba-tiba dengar bunyi dentuman. Dalam sekelip mata badan terangkat sebelum jatuh terduduk.

“Petir menyambar pokok durian di tepi rumah dan sebahagian arus terkena saya membuatkan kepala pening, kaki pula seperti dicucuk jarum,” katanya ketika ditemui di Hospital Jasin, di sini hari ini.

Cerita lelaki itu, walaupun lemah dan terkejut, dia menggagahkan diri masuk ke dalam rumah bagi menyelamatkan diri.

“Saya menjerit dan sempat melihat isteri serta ahli keluarga menerpa sebelum tumbang. Saya sangka itu pengakhiran hidup saya, dalam hati hanya sempat berzikir dan berserah,” katanya.

Bapa empat anak itu kemudian dibawa ke Hospital Jasin dengan menggunakan ambulans. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI