fbpx

154 kakitangan TNB bersiap sedia untuk LIMA’25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menugaskan seramai 154 kakitangan di lapangan dan bilik gerakan bagi memastikan bekalan elektrik berterusan dan berdaya harap sepanjang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang akan berlangsung mulai esok hingga 24 Mei ini.

TNB dalam satu kenyataan berkata, sejak akhir tahun 2024, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan seperti semakan dan penyenggaraan sistem 11kV dan 33kV di lokasi-lokasi utama LIMA 2025.

“Lokasi terlibat seperti di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi International Convention Centre (LICC), dan Resort World Langkawi. Sementara itu, bilik Gerakan TNB pula telah diaktifkan dari 18 hingga 25 Mei ini,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, selain menempatkan aset-aset seperti janakuasa bergerak di lokasi strategik, TNB bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi seperti Langkawi Development Authority (Lada), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Langkawi, Polis Marin serta agensi-agensi lain bagi memastikan penyelarasan persiapan yang menyeluruh.

Katanya, dengan permintaan tenaga dijangka mencecah 85MW sepanjang acara berlangsung, TNB kekal komited untuk memastikan pengalaman pengguna yang selamat, lancar, dan meyakinkan kepada semua pihak yang terlibat dengan LIMA’25. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI