fbpx

WNB mahu kuasai semua segmen dalam ekosistem F&B di negara ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Firdaus memiliki perancangan yang strategik dalam meluaskan empayar perniagaan WNB.

Corak dan gaya pengoperasian Mohd. Firdaus Jamaluddin yang mengemudikan empayar perniagaannya, MFJ Group Holdings Sdn. Bhd. (MFJ) sejak tahun 2019 dengan memiliki lima segmen bisnes berpotensi dalam sektor makanan dan minuman lebih menjurus kepada model bisnes yang lebih premium dan disasarkan kepada kumpulan M40 dan juga T20.

Usahawan yang berusia 37 dan berasal dari Sungai Petani, Kedah yang turut dibantu abangnya, Mohd. Hafidz berkata, soal harga tiada masalah bagi pelanggan di Lembah Klang kerana mereka sanggup berbelanja besar untuk menikmati makanan lazat dan bagi pihak syarikat, aspek kualiti hidangan dan juga saiz hidangan menjadi keutamaan untuk memenuhi selera pelanggan.

dak hairanlah rata-rata jenama WNB menjadi pilihan pelanggan daripada kerabat diraja, golongan kenamaan, ahli politik dan selebriti serta syarikat korporat sehingga memaksa Mohd. Firdaus yang asalnya seorang kontraktor membuat perancangan baharu untuk menambah segmen perniagaan lain seperti pastry, kopitiam dan juga masakan Thailand secara berperingkat pada masa depan.

“Kami mahu pelanggan berada dalam ekosistem perniagaan MFJ dan lebih menarik lagi, kami mahu syarikat di senaraikan di Bursa Malaysia dalam pelan jangka panjang,” katanya baru-baru ini.

KOSMO!: Boleh jelaskan tentang syarikat dan perkemba­ngan terbaharu?
Mohd. Firdaus: Kami adalah sebuah syarikat bumiputera yang mula beroperasi sejak tahun 2019 dan terdapat beberapa anak syarikat yang aktif dalam sektor makanan dan minuman (F&B) dan juga sukan air.

Sehingga kini, kami memiliki lima segmen bisnes iaitu White n Blake (WNB) Lakeside Titiwangsa, WNB Kampong Heritage, WNB Aquasports, WNB Catering dan Nasi Ulam Ikan Sumbat by White n Black.
Kami pernah membuka perniagaan kabin di Kuantan, Pahang pada tahun 2019, tetapi selepas banjir besar yang melanda membuatkan kami menanggung kerugian yang banyak dan nekad untuk menutup perniagaan tersebut. Selepas insiden tersebut, kami mula mengorak langkah mencari peluang perniagaan di Lembah Klang.

Saya ingatkan bila tertutup satu pintu rezeki akan membuatkan kami gagal selamanya dalam perniagaan tapi Allah buka lima peluang rezeki baharu selepas itu.

Bagaimana syarikat memulakan perniagaan di Tasik Titiwangsa?
Pada tahun 2022, kami sedang mencari lokasi sesuai untuk memulakan restoran dan terjumpa iklan yang dipamerkan di sebuah premis restoran milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kami menyertai tender dan akhirnya berjaya.

Maka ini adalah outlet sulung kami iaitu Restoran WNB Lakeside Titi­wangsa dengan bermodalkan lebih daripada RM500,000. Selepas dua tahun beroperasi, kami telah mendapat pembiayaan daripada Pernas, tetapi untuk fasa awal perniagaan, kami terpaksa menggunakan dana sendiri.

Daripada keuntungan yang diperoleh daripada perniagaan sulung ini, kami menggunakannya sebagai modal untuk menceburi segmen perniagaan lain.

Cara kami juga, setiap dua tahun kami akan lakukan pengubahsuaian di restoran ini agar ia lebih segar, berse­suaian dengan trend semasa sebab kami tidak mahu pelanggan berasa bosan dengan seni reka dalaman restoran berkenaan. Jadi tahun lepas kami telah laksanakan pengubahsuaian di restoran ini.

 

Apa yang menariknya diWNB Lakeside Cafe?
Restoran ini menawarkan makanan mini fine dining dan ia telah menjadi tarikan pelancong dan mereka sukakan menu makanan barat.

Antara hidangan istimewa di restoran ini adalah asam pedas salmon dan beef Wellington cara WNM Lakeside Cafe. Mereka datang di sini untuk menjamu selera dan menginginkan suasana santai yang juga berkonsepkan alam semula jadi.

Restoran ini mampu memuatkan lebih kurang 120 orang pada suatu masa dan sering dijadikan lokasi untuk pelbagai termasuk majlis korporat dan bertunang.

Boleh jelaskan pula segmen perniagaan lain?
Setahun selepas kejayaan WNB Lakeside, kami membuka WNB Catering dan juga Kampong Heritage serta pada tahun yang sama, juga kami menceburi perniagaan WNB Aquasport.

Yang terbaharu adalah pada tahun lepas pada bulan Februari, kami membuka Nasi Ulam Ikan Sumbat dengan bermodalkan kira-kira RM800,000.

Ia melibatkan pengubahsuaian untuk sebuah premis kosong dua tingkat, lot tepi di lokasi strategik di Seri Rampai, Kuala Lumpur.

Restoran ini semakin popular kerana kami menyediakan hidangan untuk sarapan pagi dan seterusnya makan tengahari seperti nasi ulam, ikan bakar sumbat, 15 jenis ulam ulaman dan lauk pauk daripada 11 jenis kawah.

Apa perancangan terbaharu syarikat selepas ini?
Kami bercadang untuk me­neroka bidang pastry pula yang lengkap dengan pemilikan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Saya dapati dalam bidang pastry, agak sukar sesebuah perniagaan itu untuk mendapatkan sijil halal. Sebagai persediaan, kami telah menghantar kumpulan yang diketuai oleh Cef Mohd. Adib yang juga memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi dalam MFJ untuk mempelajari bidang tersebut serta membuat persediaan membawa konsep unik untuk kumpulan.

Kami mahu mengetengah konsep kafe berbeza daripada pesaing dengan mengetengah seni reka dalaman kafe berbeza yang dapat meme­nuhi permintaan pelanggan.

Kami akan hidangkan pastry dan juga menu desert yang menye­lerakan. Kami sedang bekerjasama dengan DBKL untuk mencari lokasi sesuai dan strategik di Kuala Lumpur.

Perancangan kami juga mahu membuka cawangan yang tertumpu di Lembah Klang kemudian apabila model perniagaan ini berjaya akan kami perluas ke negeri-negeri lain.

Boleh jelaskan tentang perniagaan sukan air yang diceburi syarikat?
Perniagaan ini adalah di bawah WNB Aquasport di Tasik Titiwangsa sejak bulan Julai 2023, di sini kami menawarkan permainan air untuk kumpulan, berpasangan dan juga keluarga.

Kami menawarkan beberapa jenis mainan yang bersesuaian untuk semua peringkat umur, antaranya adalah kayak dan paddleboat.

Aktiviti di sini telah mendapat sambutan menggalakkan khususnya pada cuti hujung minggu, cuti umum dan musim cuti sekolah.

Selalunya pelanggan terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran menaiki paddle boat dan permainan lain.

Jadi kami dalam perancangan untuk berkunjung ke kilang di China dalam masa terdekat bagi menambah lebih banyak kayak dan permainan lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI