JAKARTA – Rumah milik Ketua Kampung Gunung Agung, wilayah Lampung dibakar penduduk selepas dia disyaki menyeleweng beras bantuan sosial kerajaan, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Penduduk kampung yang berang turut membakar motosikal dan kereta milik lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Sukardi.
Sebelum ini, Sukardi pernah menjual 400 guni beras bantuan kerajaan seberat 4 tan kepada sebuah sekolah pondok di Tulangwabang.
“Rumah ketua kampung dibakar, terdapat ulasan di media sosial tentang penyelewengan beras bantuan kerajaan,” kata seorang penduduk, Ahmad.
Penduduk kampung itu juga meminta supaya Sukardi dilucutkan jawatannya. – AGENSI