fbpx

Baju isteri terbakar, lengan dan belakang melecur disimbah asid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi premis spa dan salun kecantikan milik seorang wanita yang disimbah asid di pekan Beris Kubur Besar, Bachok semalam. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

BACHOK – Pakaian seorang pemilik spa terbakar manakala bahagian lengan dan belakangnya melecur selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh empat individu yang berpurdah di premisnya di Beris Kubur Besar di sini semalam.

Suami mangsa yang dikenali sebagai Wan, 33, berkata, kejadian itu menyebabkan isterinya yang berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah pada kedua-dua bahagian tersebut dan kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian dekat ini.

Menurutnya, isterinya menjalani pembedahan bermula pukul 10 pagi tadi dan ketika ini masih berada di dalam bilik bedah.

“Dia masih menjalani pembedahan kerana kecederaan yang dialaminya serius. Baju dan seluar isteri saya terbakar akibat terkena simbahan asid oleh suspek yang menyamar sebagai pelanggan untuk mengurut di kedainya.

“Kebiasaannya, isteri saya tidak membuka kedai pada waktu malam. Suspek terbabit ada menghubungi isteri untuk mengurut pada waktu malam sebelum kejadian berlaku,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI