SUNGAI PETANI – Individu yang menjumpai kenderaan mewah jenis Toyota Alphard yang hilang semasa diparkir di sebuah hotel di Sungai Senam, Ipoh,Perak pada Sabtu akan diberi ganjaran berjumlah RM3,000.
Pengarah Urusan Firabib Group Sdn Bhd,Mohd Firdaus Mat Akhir yang merupakan pemilik kereta itu berkata,sagu hati tambahan sebanyak RM1,000 lagi akan diberikan sekiranya dron dan kamera DSLR beserta lensa yang berada dalam kereta itu turut berjaya dipulangkan dengan selamat.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Firdaus Farabib berkata,kehilangan kereta berwarna putih jenama berkenaan yang menggunakan nombor pendaftaran VM 7515 disedari pada pukul 12 tengah hari Sabtu lalu semasa mahu menggunakannya.
” Kereta itu di parkir dalam keadaan dikunci sempurna di kawasan hotel berkenaan pada jam 11.30 malam sehari sebelum disedari hilang.
” Bagaimanapun semakan televisyen litar tertutup hotel berkenaan mendapati kereta itu dikesan bergerak keluar pada pukul 5.25 pagi Sabtu,” katanya.
Terdahulu akhbar melaporkan sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Alphard dilaporkan dicuri semasa di parkir di sebuah hotel pada pagi Sabtu lalu.-KOSMO! ONLINE