fbpx

EPL: Tottenham tempang pemain bintang ‘dibedah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KULUSEVSKI selamat menjalani pembedahan awal pagi tadi. - Foto Facebook Tottenham Hotspur

LONDON – Tottenham Hotspur menerima tamparan hebat apabila bintangnya, Dejan Kulusevski terpaksa disisihkan pada baki saingan musim ini selepas menjalani pembedahan lutut kanan awal pagi tadi.

Sebagai rekod, Kulusevski mengalami kecederaan ketika Spurs tewas 0-2 kepada Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lepas.

Situasi tersebut membuatkan pengendali Spurs, Ange Postecoglou pening kepala selepas turut kehilangan khidmat James Maddison dan Lucas Bergvall menjelang perlawanan EPL bertemu Aston Villa di Villa Park awal pagi Sabtu nanti.

Spurs dalam satu kenyataan mengesahkan pemain antarabangsa Sweden itu selamat menjalani pembedahan tetapi terpaksa disisihkan untuk beberapa minggu.

“Kami boleh sahkan Kulusevski mengalami kecederaan lutut pada aksi bertemu Palace. 

“Selepas berbincang dengan pegawai perubatan, Kulusevski perlu menjalani pembedahan segera dan kini sedang dalam fasa pemulihan,” katanya.

Ketiadaan Kulusevski menyukarkan lagi misi Spurs untuk menamatkan kemarau penantian trofi selama 17 tahun pada aksi final Liga Europa menentang Manchester United minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI