fbpx

Villa yakin sambar slot UCL – Emery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Villa, Ollie Watkins menjadi sandaran untuk merobek gawang Spurs menjelang aksi awal pagi esok. - AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery yakin pasukannya mampu memintas kedudukan untuk menempatkan diri dalam kelompok lima teratas dengan meraih kemenangan ke atas Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi esok.

Sebagai rekod, The Villans menduduki tangga keenam ketika ini, dibezakan perbezaan jaringan dengan pasukan kelima, Chelsea selepas terikat 63 mata ketika saingan berbaki dua aksi lagi untuk tamat.

Menurut Emery, hanya enam mata maksimum yang diraih pada dua perlawanan terakhir boleh menjamin kedudukan Top 5 sekali gus mengesahkan slot ke kancah Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

“Saya sangat teruja apabila kita sudah berada pada kemuncak musim dan pemain cukup bersemangat untuk memastikan pasukan dapat menamatkan saingan dengan nada positif.

“Pada Februari lepas kita ketinggalan jauh dengan pasukan Top 5 seperti Chelsea dan Nottingham Forest menerusi perbezaan 10 mata.

“Sekarang kita berjaya pintas Forest dan memiliki sama mata dengan Chelsea. Momentum kini memihak kepada pasukan untuk mencapai matlamat layak ke UCL musim depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Emery mengakui saingan EPL musim ini sangat mencabar kerana semua pasukan mampu melakar kejutan termasuk Brighton, Fulham dan Brentford.

“Bukan mudah untuk kekal konsisten tetapi sejak beberapa bulan terakhir kita sudah mendapat semula rentak sekali gus mencabar kelompok atasan liga,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI