fbpx

Nahas FRU: Anak sulung menangis seakan-akan tahu kesakitan dialami bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR FARAHANA (kanan) ketika ditemui pemberita di Taman Melor, Teluk Intan hari ini.

TELUK INTAN – Isteri kepada Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, yang cedera dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini pada Selasa lalu tidak dapat membayangkan situasi cemas yang menimpa lelaki itu semasa kejadian berlaku.

Nor Farahana Mohd. Razali, 28, berkata, anak lelaki mereka, Mikhael Anaqi yang berusia empat bulan menangis tanpa henti seakan-akan ‘merasai’ kesakitan yang sedang ditanggung bapanya.

“Saya baru berpindah ke Kuarters Unit 5, Sg. Senam di Ipoh, jadi saya tiada di dalam kumpulan WhatsApp isteri anggota kerana masih baharu (sebagai penghuni kuarters).

“Anak sulung menangis tanpa henti secara tiba-tiba seakan-akan mengetahui kesakitan yang dialami suami,” katanya ketika ditemui di Taman Melor di sini hari ini.

Nor Farahana yang mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Aniq pada 2023 berkata, pelbagai berita yang diterima menyebabkan dia menjadi semakin tidak keruan.

“Keluarga kerap menelefon bertanyakan keadaan suami. Saya menunggu hampir tiga jam sebelum mengetahui suami dalam keadaan selamat.

“Apabila dimaklumkan dia cedera, saya risau kerana tidak tahu kecederaannya macam mana sebelum diarahkan ke Hospital Teluk Intan,” kata wanita itu.

Sementara itu, bapa mertuanya, Rozi Jusoh, 63, berkata, Muhammad Aniq merupakan anak bongsu dan lelaki tunggal daripada empat adik beradik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI