fbpx

Sunderland selangkah ke EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Sunderland meraikan kejayaan selepas wisel penamat pada aksi separuh akhir playoff EFL pagi tadi. - Foto Facebook Sunderland AFC

LONDON – Pengendali Sunderland, Regis Le Bris mengakui cukup puas apabila membantu pasukan mara ke playoff akhir Liga Kejuaraan Inggeris (EFL) selepas menewaskan Coventry 3-2 secara agregat di Stadium of Light awal pagi tadi.

Pada aksi separuh akhir kedua itu, The Black Cats yang meraih kelebihan 2-1 pada saingan pertama minggu lalu terpaksa mengharapkan gol minit-minit akhir masa tambahan menerusi penyudah Dan Ballard untuk lolos ke final menentang Sheffield United di Wembley nanti.

Ka Le Bris, kemenangan itu adalah hasil kerja keras daripada pasukan yang tidak menyerah kalah selepas pelawat melakukan kebangkitan apabila mendominasi 90 minit masa sebenar.

“Ini adalah keputusan yang luar biasa kerana kita membuka peluang untuk beraksi di Wembley sekali gus berpotensi layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim depan.

“Pujian wajar diberikan kepada Coventry kerana mereka mendominasi perlawanan tetapi nasib menyebelahi kami apabila meraih gol pada penghujung masa tambahan. Ia bakal memberi pengalaman berharga buat pemain muda kami,” katanya.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI