fbpx

Itali bersedia berkongsi kepakaran keselamatan dengan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled dan Crosetto mengadakan pertemuan di Berlin semalam.

PETALING JAYA – Itali bersedia berkongsi kepakaran dalam keselamatan siber, kecerdasan buatan dan teknologi komunikasi dengan Malaysia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto kepada beliau dalam pertemuan di Berlin, Jerman.

“Semasa menghadiri UN Peacekeeping Ministerial 2025, saya berpeluang mengadakan pertemuan bilateral bersama Menteri Pertahanan Itali.

“Pertemuan ini merupakan yang pertama saya dengan beliau,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled berkata, pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan itu antaranya dalam soal kolaborasi industri pertahanan.

Kata beliau, turut dibincangkan berkenaan kestabilan di rantau indo-pasifik dan pengukuhan hubungan antara dua negara.

Ujar beliau, kedua-dua buah negara berhasrat untuk membawa hubungan serta kerjasama antara dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Ia termasuk meneroka kaedah perolehan secara Kerajaan-ke-Kerajaan (G2G) bagi produk pertahanan.

“Semoga kerjasama dan hubungan baik Malaysia dan Itali dapat terus diperkukuh dalam sektor-sektor strategik dan pertahanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI