fbpx

‘Bagi tengok gambar dulu sebelum mati…manalah tahu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Nurit (gambar kecil) antara mangsa yang terkorban dalam nahas antara trak FRU dan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak, semalam.

PETALING JAYA – Anggota Pasukan Simpanan 0Persekutuan (FRU), Koperal Nurit Pandak yang terkorban dalam nahas di Teluk Intan,Perak semalam pernah memuat naik gambar berserta kapsyen menyentuh hati seolah-olah memberi bayangan mengenai pemergiannya.

Pengguna Facebook, Arda berkata, mendiang yang juga Orang Asli Kampar pernah berkongsi status itu pada 2014 seolah-olah tahu beliau akan pergi selama-lamanya.

“Bagi tengok gambar dulu sebelum mati…manalah tahu.” tulisnya menerusi ruangan kapsyen gambar yang dikongsikan 11 tahun lalu.

“Allahuakbar dik! Sedih baca ayat kapsyen gambar awak (tahun) 2014. Nurit adalah mangsa korban kemalangan anggota FRU, adik kawan saya. Seolah-olah tahu dia akan pergi,” kata Arda.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan rasa sedih atas perkongsian tersebut.

“Al-Fatihah dan salam takziah kepada semua arwah dan mendiang. Sedihnya, deme (mereka) tak sempat balik jumpa isteri dan anak-anak. Tragedi 35 tahun lepas berulang kembali,” ujar seorang lagi pengguna.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan sembilan anggota FRU Unit 5 Ipoh dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 itu, trak FRU tersebut membawa seramai 15 anggota termasuk pemandu.

Mangsa yang maut ialah Sarjan S. Perumal, Koperal Nurit Pandak, Koperal Amiruddin Zabri, Koperal Mohd. Pozli Jaudin, Koperal Akmal Muhamad, Koperal Mohamad Hilmi Mohd. Azlan, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif dan Konstabel Akmal Wafi Annuar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI