fbpx

Negeri di Nigeria haramkan penjualan petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelarian mengambil barangan mereka di Kem Bakassi di Maiduguri, negeri Borno pada 30 November 2021. - AFP

ABUJA – Negeri Borno di timur laut Nigeria mengharamkan penjualan minyak petrol dalam usaha untuk menyekat kebangkitan semula serangan kumpulan militan, lapor portal berita Arab News semalam. 

“Saya telah mengarahkan larangan penjualan petrol di bandar Bama dan bahagian lain di Kawasan Kerajaan Tempatan Bama berkuat kuasa serta-merta,” kata Gabenor negeri Borno, Babagana Umara Zulum. 

Larangan itu dibuat sebagai sebahagian daripada tindak balas strategik kerajaan negeri bagi menentang pemberontakan.

Pemotongan bekalan bahan api dijangka dapat menyekat pergerakan kumpulan militan tersebut.

Bandar Bama menyaksikan kemusnahan paling teruk selepas dirampas oleh kumpulan pelampau, Boko Haram pada 2014 yang membunuh ratusan penduduk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI