fbpx
Faisal bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

‘Orang nampak okey, tapi saya sahaja yang tahu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Peluang yang diberikan untuk kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya buat kali pertama pada Mac lalu selepas hampir setahun dibelenggu kes simbah asid dianggap sebagai pembakar semangat buat bintang sensasi Selangor FC, Faisal Halim.

Faisal mengakui, hati­nya juga sangat tersentuh dan menganggap peluang keemasan untuk kembali menyarung jersi kebangsaan sebagai permulaan kepada kebangkitannya dalam kancah bola sepak sebenar.

“Saya Ibarat bayi baru lahir. Itulah, saya ketinggalan hampir setahun dan walaupun orang nampak saya boleh bermain, saya ada speed (kelajuan) tapi struggle (bergelut). Itu saya sahaja yang tahu.

“Macam mana payah dan kerasnya, macam mana sukarnya untuk saya kembali kepada pretasi seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui sempena penganjuran Kejohanan Terbuka U12 Piala Faisal Halim 2025 di Mengkuang Titi semalam.

Bagaimanapun menurut Fai­sal, dia sentiasa percaya hanya dengan usaha dapat menggembalikan kariernya seperti sebelum ini.

“Dengan usaha dan ikhlas dalam perjuangan, insya-Allah saya akan teruskan selagi mampu.

“Agak sedih sebenarnya tapi itulah kejayaan seorang pemain bola sepak adalah menyarung jersi kebangsaan. Apa yang saya boleh katakan satu kebangkitan dan ini peluang untuk saya,” katanya sebagai mengulas mengenai perasaan dapat kembali disenarai mewakili skuad Harimau Malaya ketika ini.

Pemain Selangor FC itu sebelum ini ditampilkan oleh pe­ngendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski pada separuh masa kedua ketika skuad negara menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi Kumpulan F

Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 25 Mac lalu.

Menurut Faisal lagi, dia kini sedaya upaya berusaha mendapatkan semula aura dirinya yang sebenar untuk beraksi lebih cemerlang bersama skuad kebangsaan.

“Saya perlukan masa. Saya harap musim baru, saya mula dari awal, daripada kosong bersama-sama dengan pasukan.

“Kita mulakan sama-sama dan saya rasa akan ada perubahannya nanti,” jelasnya.

Sebelum ini, Faisal yang berdepan episod hitam dalam hidupnya apabila disimbah asid pada Mei tahun lalu terpaksa berehat hampir tiga bulan selepas menjalani beberapa siri pembedahan sebelum dibenarkan kembali beraksi di padang.

Untuk rekod, kali terakhir Faisal menyarung jersi kebangsaan ketika era jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN