fbpx

‘Maki netizen? Saya simpati, hidup mereka mungkin membosankan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUBA berlapang dada, Ruhainies hanya terfikir bahawa netizen yang gemar menulis komen negatof dalam Instagramnya terdiri daripada golongan yang bosan dengan kehidupan sendiri,

PETALING JAYA – Kalis amarah biarpun menjadi antara selebriti carta teratas tanah air yang sentiasa dihujani kecaman, pelakon Ruhainies ada alasan tersendiri apabila tidak pernah terfikir untuk membalas semua kata-kata negatif netizen yang membanjiri akaun media sosialnya sebelum ini.

Ruhainies, 33, sebaliknya menyifatkan golongan individu yang gemar menulis kecaman dalam media sosial mungkin sudah terlalu bosan dengan kehidupan sendiri.

“Ada yang tanya saya kenapa tidak maki semula ‘haters’ dalam media sosial.

“Selalunya yang jenis begini rasa nak marah tetapi kadang-kadang comel juga.

“Mungkin mereka pun bosan dengan kehidupan sendiri. Sebab kalau sibuk atau gembira dengan hidup, tak mungkin nak komen di Instagram orang lain,” katanya.

Tambah bintang drama Cukup Derita Itu, prinsipkan itu bukan untuk menunjukkan dirinya sebagai individu berhati mulia sebaliknya berasa kasihan dengan golongan individu sebegitu.

“Jadi, saya pun hanya bersangka baik sahaja. Kalau rimas, saya padam.

“Nak rasa benci pun tidak sebab apa yang mereka tulis melambangkan diri mereka sendiri kepada saya.

“Maka, sebab itu saya tak marah, lebih kepada simpati,” ujarnya.

Terdahulu dan sehingga ke hari ini, Ruhainies antara selebriti yang kerap dihujani dengan kecaman dalam media sosial.

Antara pencetus utama dia sering menjadi mangsa netizen ialah selepas ditangkap khalwat dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada Mac tahun lalu di kediamannya di ibu negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI