fbpx

Selangor FC harap keadilan buat kes Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Halim kini pulih sepenuhnya dan berjaya diserapkan dalam skuad Harimau Malaya, Mac lepas. - Foto ihsan Malaysia NT

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC harap agar pemain sensasi, Faisal Halim diberikan keadilan selepas kes simbahan asid yang menggemparkan negara pada tahun lalu diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Gergasi Merah, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, pihak kelab tetap menaruh kepercayaan penuh terhadap pihak berkuasa walaupun siasatan kes tersebut ‘dihentikan’ susulan NFA.

Kata Johan, pihak pengurusan mahu terus memberikan sokongan kepada pemain sayap berusia 27 tahun itu untuk meneruskan karier dalam dunia bola sepak.

“Kami tidak mempunyai sebarang komen lanjut mengenai isu ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kelab, kami akan terus memberikan sokongan penuh kepada Faisal.

“Kami turut berharap beliau akan mendapat keadilan sewajarnya, Insya-ALLAH. Kami juga sentiasa mendoakan agar Faisal kembali kepada prestasi terbaik demi kepentingan kelab dan skuad kebangsaan,” katanya.

Sebagai rekod, Faisal menjadi mangsa simbah asid pada 5 Mei tahun lalu oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya sehingga disahkan melecur tahap empat.

Namun, Faisal berjaya bangkit selepas menjalani beberapa siri pembedahan sebelum membuat kemunculan semula di atas padang bersama Gergasi Merah pada Ogos lepas.

Malah, Faisal turut dipanggil skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal, Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI