fbpx

Ibu hampir pengsan, anak guna telefon beli 70,000 lolipop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOLLY LaFayers menerima 70,000 lolipop di rumahnya. - Foto Holly LaFavers /Facebook

WASHINGTON – Seorang wanita di negeri Kentucky terkejut apabila melihat timbunan kotak mengandungi 70,000 gula-gula lolipop di depan pintu rumahnya, lapor portal berita NBC news semalam. 

Hantaran mengejut itu ditempah oleh anak lelakinya yang masih kecil semasa bermain dengan telefon bimbit wanita berkenaan.

Holly LaFavers berkata, dia cuba menghentikan pesanan yang dibuat oleh Amazon Liam, 8, untuk kira-kira 70,000 lolipop Dum-Dum sebelum ia tiba, tetapi sudah terlambat.

“Amazon memberitahu saya bahawa dia mahu mengadakan karnival. Jadi, dia memesan Dum-Dums (lolipop) sebagai hadiah untuk karnivalnya.

“Apabila saya melihat nombor itu, saya hampir pengsan,” kata LaFavers.

Dia berhutang kira-kira AS$4,000 (RM17,000) untuk pesanan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI