fbpx

Pembelian tiket feri melonjak menjelang LIMA 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 100 perjalanan feri disediakan setiap hari sepanjang LIMA'25 pada 20 hingga 24 Mei ini.

ALOR SETAR – Pembelian tiket feri ke Langkawi bagi laluan Kuala Kedah dan Kuala Perlis melonjak secara mendadak sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) pada 20 hingga 24 Mei ini.

Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. (Ferry Line) Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, setakat ini sebanyak 40,000 tiket terjual untuk perjalanan sepanjang tempoh tersebut bagi kedua-dua laluan berkenaan.

“Masih ada baki kira-kira 10,000 tiket dan sekiranya permintaan menggalakkan, kita akan lanjutkan tempoh pengoperasian feri sehingga pukul 12 tengah malam malam untuk laluan Kuala Perlis masuk ke Langkawi dan 10 malam di Kuala Kedah.

“Orang ramai dinasihatkan membuat pembelian lebih awal bagi memastikan mereka memperoleh tiket perjalanan memandangkan sambutan tahun ini dilihat agak luar biasa,” katanya ketika membuat tinjauan di Terminal Feri Kuala Kedah, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, bagi memenuhi permintaan luar jangka itu, konsortium turut menambah perjalanan feri sehingga 100 trip sepanjang LIMA’25.

“Orang ramai disarankan untuk membuat pembelian tiket secara dalam talian menerusi aplikasi Cuti-Cuti Langkawi dan menyemak jadual perjalanan terkini sebelum bertolak.

“Kita juga bersedia menambah slot perjalanan setiap jam sekiranya keperluan mendesak, selain menyediakan feri gantian jika berlaku sebarang kerosakan teknikal. Sepanjang acara kita sediakan 12 perjalanan setiap hari di kedua-dua laluan bermula pukul 7 pagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI