fbpx

Pyongyang bedil misil balistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI menonton siaran berita memaparkan pelancaran peluru berpandu Korea Utara di sebuah stesen kereta api di Seoul semalam. – AFP

PYONGYANG – Korea Utara melancarkan pelbagai jenis peluru berpandu balistik jarak dekat semalam, kata tentera Korea Selatan.

Kumpulan misil balistik itu dilancarkan dari kawasan Wonsan di Korea Utara ke Laut Timur antara pukul 8.10 hingga 9.20 pagi (waktu tempatan), merujuk kepada perairan yang juga dikenali sebagai Laut Jepun.

Peluru berpandu itu terbang kira-kira 800 kilometer sebelum jatuh di perairan timur Semenanjung Korea, kata Ketua-Ketua Staf Bersama Korea Selatan(JCS) sambil menambah, JCS mengutuk keras Korea Utara atas ‘tindakan provokasi itu yang jelas menimbulkan ancaman serius kepada keamanan dan
kestabilan serantau’.

“Tentera kami, di bawah gagasan pertahanan Korea Selatan-Amerika Syarikat, sedang memantau rapi aktiviti Korea Utara untuk mengelakkan sebarang salah perhitungan (oleh Pyongyang),” kata JCS dalam satu kenyataan.

Pelancaran misil itu berlaku kira-kira seminggu selepas Jong-un menyelia ujian tembakan sistem senjata kapal perang baharu.

Pyongyang memperkenalkan kapal pemusnah seberat 5,000 tan dinamakan Choe Hyon, bulan lepas dan akan mula beroperasi awal tahun depan.

Beberapa penganalisis berkata, kapal itu mungkin dilengkapi peluru berpandu nuklear taktikal jarak dekat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI