fbpx

Rugi RM230,000 SUV Lexus kena kebas, rumah dipecah masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar CCTV menunjukkan SUV Lexus milik seorang mekanik dibawa lari dalam kejadian di Bakri, Muar kelmarin.

MUAR – Seorang mekanik kerugian kira-kira RM230,000 selepas rumahnya dipecah masuk sebelum wang tunai dan kenderaan mewah miliknya dilarikan dalam kejadian di sebuah taman di Bakri di sini kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejadian tersebut disedari jiran mangsa berkenaan yang terdengar bunyi mencurigakan dari kawasan rumah mangsa sekitar pukul 9 pagi.

“Mangsa berusia 38 tahun yang berada di tempat kerja bergegas pulang dan mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak. Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus yang diletakkan di hadapan rumah didapati hilang.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai memecah masuk rumah dan melarikan wang tunai serta kenderaan terbabit. Jumlah suspek tidak dapat dipastikan kerana dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) jiran, hanya nampak di bahagian luar rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI