fbpx
Perak FC menjadi pasukan terbaharu yang menarik diri daripada saingan Liga M.

Sampai bila perlu berlembut?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIDAK serikkah kita dengan sejarah yang lalu?

Persoalan itu penulis lontarkan mengenai keputusan First Instance Body (FIB) yang bersetuju untuk beri ‘masa tambahan’ kepada pasukan tempatan melengkapkan dokumen Pelesenan Kelab Kitaran 2024-2025 kerana rekod lampau terbukti berlembut tidak menjanjikan penyelesaian.

Ini bukan kali pertama FIB berlembut hingga pernah wujudnya ‘lesen bersyarat’ tetapi pendekatan ‘beri muka’ seperti mula diambil kesempatan.

Lesen sudah seperti helaian kertas yang tiada makna kerana masalah tetap berlaku ketika saingan Liga Malaysia (Liga M) berjalan.

Bukan niat bersikap antagonis tetapi sebagai pengamal media, penulis wajar untuk melaksanakan tanggungjawab semak dan imbang, malah keberanian Penang FC yang secara terbuka menyatakan kurang senang dengan keputusan FIB wajar dipuji.

“Tanpa tekanan tarikh akhir yang tegas, wujud risiko bahawa isu kewangan akan berlarutan dan menjadi lebih serius sehingga menjejaskan kelangsungan operasi kelab itu sendiri.

“Lanjutan tarikh akhir diberikan FIB memberi kesan negatif kepada kelab yang telah bertungkus-lumus dan mengerah kudrat dalam memastikan tarikh akhir bagi memuat naik dokumen pelesenan kelab untuk kitaran 2024- 2023 dipatuhi,” menurut kenyataan Penang FC.

Biarlah kali ini pendekatan berlembut jadi pilihan terakhir sebaliknya ketegasan wajib dilaksanakan bagi memastikan pasukan lebih serius sekali gus mengelak Liga M hanya menjadi bahan jenaka.

Selain itu, dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT) sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan tunggal kepada penurunan minat penyokong bola sepak.

Ini kerana, isu lebih besar dalam keadaan ini yang mencetuskan rasa muak peminat adalah apabila wujudnya pasukan bermasalah termasuk isu tunggakan gaji pemain.

Untuk mengatakan peminat mula benci adalah tidak tepat kerana pada 3 Mac lalu, Stadium Sultan Muhammad IV ‘full house’ semata-mata untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara bekas pemain Kelantan dan Pahang.

Bagaimanapun, ralat sebenarnya untuk menyaksikan aksi persahabatan bekas pemain mampu menarik lebih ramai penyokong untuk hadir ke stadium berbanding sambutan yang dapat kita lihat dalam saingan rasmi.

Beberapa pasukan yang sinonim dengan Liga M seperti Sarawak, Kelantan sudah hilang dari radar.

Terbaharu Perak FC sah menarik diri hingga wujud kata nista mengatakan Liga M semakin rosak.

“Memang kena cari kerja lain kerana bola sepak tidak lagi boleh dijadikan jaminan.Pemain kena fikir masa depan, jangan anggap bola sepak sebagai punca pencarian utama kerana umur mereka pun makin naik.

“Kalau mereka yang mahu berkahwin dan sudah ada anak, bagaimana mahu tampung segala perbelanjaan?

“Kalau masih boleh bermain bola sepak dan diberikan elaun, itu adalah bonus bagi mereka,” kata bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail merujuk kepada permasalahan gaji dalam kalangan pasukan tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN