fbpx
Ariff Tuah (tengah) menerima replika cek RM20,000 yang dikumpulkan melalui Kejohanan Golf Amal Tun Ahmad Sarji di Kelab Golf & Desa Saujana, Subang semalam.

Golf Amal Tun Ahmad Sarji kumpul dana RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG – Professional Golf of Malaysia (PGM) menyerahkan sumbangan RM20,000 kepada Pusat Pengajian al-Quran Datuk Sulaiman Osman yang berjaya dikumpulkan pada Kejohanan Golf Amal Pro-Am Trofi Tun Ahmad Sarji 2025 semalam.

Kejohanan yang diadakan di Kelab Golf & Desa Saujana diadakan sempena memperingati jasa dan pengorbanan Allahyarham Tun Ahmad Sarji yang merupakan pengerusi pengasas PGM. Allahyarham meninggal dunia pada 2021.

PGM dalam satu kenyataan berkata, dana itu diserahkan melalui anak arwah, Ariff Tuah dalam satu majlis ringkas selepas berakhirnya kejohanan tersebut.

“Kami menerima banyak sumbangan daripada syarikat dan kelab golf berupa baucar yuran padang dan barangan golf untuk cabutan bertuah.

“Acara itu disertai 66 pemain amatur dan 22 profesional. Sebanyak 13 syarikat dan 13 kelab golf telah menaja flight golf yang dimenangi oleh pasukan Shapadu Corporation Sdn. Bhd. bersama pemain profesional, Irfan Syahmi,” katanya.

Jian Lee menyerahkan hadiah kepada kumpulan Shapadu yang telah memenangi Kejohanan Golf Amal Tun Ahmad Sarji di Kelab Golf & Desa Saujana semalam.

Menurut PGM, pihaknya bercadang untuk menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan dan berharap para penaja terus memberikan sokongan pada edisi 2026 akan datang.

Tambahnya, antara syarikat yang menaja kejohanan itu termasuk Affin Bank Berhad, Bermaz Motor Trading Sdn. Bhd., Carimin Petroleum Berhad, MBSB Bank, MST, Northport (M) Berhad, Prolintas, Shapadu, Sime Darby Property Berhad, Saujana Resort (M) Bhd., Tenaga Nasional Berhad, UMW Corporation Sdn. Bhd. dan Yaztech Sdn. Bhd.

Kelab golf yang menaja baucar yuran padang termasuk Bukit Jawi Golf Resort, Glenmarie, Impian, Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Kelab Rahman Putra, Kota Permai, Mines Palm Resort, Penang Golf Resort, Port Dickson Golf & Country Club, Royal Pahang Saujana dan Tiara Melaka.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengarah PGM, Cik Yip Jian Lee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN