fbpx

Kapal layar RM15 juta karam, 30 ‘influencer’ berbikini terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL layar Lamborghini Tecomar karam di luar pantai Miami. Foto USCG

WASHINGTON  – Sebuah kapal layer mewah jenis Lamborghini Tecnomar membawa kira-kira 30 pesohor wanita berpakaian bikini dan dua kru karam di luar pantai Miami, negeri Florida, lapor akhbar New York Post semalam.

Kapal Pengawal Pantai dan bot milik orang awam datang untuk menyelamatkan mangsa  yang turut membawa harta benda berharga termasuk komputer riba Macbook.

Ia mula karam berhampiran Pulau Star sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) dan pihak berkuasa belum mengenal pasti pemilik kapal layar itu mahupun punca kemalangan.

“Bagaimana ini (boleh) berlaku?” kata seorang wanita seperti didengari dalam rakaman video yang disiarkan oleh pengajar tarian, Anita Ayala.

Lamborghini Tecnomar dikeluarkan dengan edisi terhad dan hanya 11 kapal layar tersebut direka oleh pengeluar kereta mewah Itali itu.

Sebuah kapal layar tersebut adalah milik bekas ahli sukan seni bela diri campuran (MMA) Conor McGregor yang membelinya pada harga AS$3.6 juta (RM15 juta) pada 2021. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI