fbpx
LADY Gaga mengadakan konsert di pantai Copacabana, Rio de Janeiro, Sabtu lalu. - Foto AFP

Polis gagalkan cubaan bom konsert Lady Gaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILIA  – Dua suspek ditahan kerana merancang serangan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ+) semasa konsert penyanyi terkenal, Lady Gaga di kota raya Rio de Janeiro, lapor saluran berita CNN semalam.

Polis Rio de Janeiro berkata, kedua-dua suspek cuba merekrut penyerang termasuk dalam kalangan remaja untuk melancarkan serangan pada konsert  Lady Gaga yang berlangsung kelmarin.

Menurut polis, serangan itu dirancang dengan menggunakan bahan letupan buatan sendiri dan bom botol. 

Matlamat serangan terancang tersebut  adalah untuk mendapat ‘kemasyhuran’ di media sosial.

Sementara itu, seorang suspek ketiga pula diberkas kerana merancang melakukan ritual syaitan dengan membunuh kanak-kanak atau bayi semasa konsert tersebut. Suspek kemudian  didakwa atas jenayah keganasan.

Kira-kira 2.1 juta penonton menghadiri persembahan percuma di Pantai Copacabana itu yang merupakan konsert pertama Lady Gaga di Brazil sejak 2012.

Penyanyi itu ialah penyokong tegar komuniti LGBTQ+. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN