fbpx

Tiada petunjuk baharu keberadaan Pamela – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pamela dilaporkan hilang ketika berada di Lebuh Raya MEX berdekatan Bandar Putra Permai 9 April lalu.

PETALING JAYA – Seramai 12 individu dirakam keterangan berhubung kehilangan wanita bergelar Datin Seri yang dipercayai diculik ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ­Putrajaya pada 9 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, rakaman percakapan itu dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan niat untuk mengurung secara salah.

“Bagaimanapun, tiada petunjuk baharu atau perkembangan mengenai keberadaan mangsa (Pamela Ling Yueh),” katanya, di sini hari ini.

Sebelum ini, polis mengesahkan tidak menerima sebarang permintaan wang tebusan berkaitan kehilangan Pamela, 42.

Polis menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu daripada ahli keluarganya di Balai Polis Presint 7, Putrajaya pada pukul 3.02 petang hari yang sama.

Difahamkan, Pamela dijadual hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk memberi kete­rangan berhubung satu siasatan kes penggubahan wang haram.

Ketidakhadiran Pamela pada 9 April lalu telah disahkan oleh pihak SPRM.

Sementara itu, keluarga mangsa menerusi satu kenyataan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI