fbpx
Hanya 50 unit tersedia bagi BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre menjadikannya koleksi eksklusif bagi peminat BMW 3 Series.

50 unit sahaja! BMW 3 Series edisi khas sempena ulang tahun ke-50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BMW 3 Series adalah salah satu model premium yang paling ikonik dan popular dari jenama automatif Jerman BMW.

Mula diperkenalkan pada tahun 1975, kereta sedan eksekutif itu hanya ditawarkan dalam versi dua pintu serta terkenal dengan prestasi pemanduan dinamik, reka bentuk elegan dan teknologi moden.

BMW 3 Series bukan sahaja membentuk identiti global jenama BMW, malah turut menjadi sebahagian penting dalam sejarah automotif Malaysia.

Bagi meraikan legasi lima dekad tersebut, BMW Group Malaysia telah memperkenalkan model edisi terhad BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre sempena ulang tahun ke-50 model ikonik BMW 3 Series pada 14 April lalu.

Model ini menampilkan peningkatan kosmetik dengan ciri eksklusif Edisi 50 Jahre tanpa perubahan pada prestasi mekanikal.

Hanya 50 unit tersedia bagi BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre menjadikannya koleksi eksklusif bagi peminat BMW 3 Series.

Sedan edisi terhad itu tersedia secara eksklusif dalam talian melalui BMW Shop Online dengan tempahan boleh dibuat secara bayaran pendahuluan RM3,400.

Harga runcit disyorkan (RRP) bagi model ini ialah RM396,800 dan harga atas jalan raya tanpa insurans RM423,200.

Sedan eksklusif ini hanya diberikan penambahbaikan dari segi kosmetik seperti skirt sisi dan spoiler belakang M, manakala prestasi mekanikalnya tiada perubahan.

BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre menampilkan elemen rekaan khas termasuk sambungan skirt sisi ‘M Performance’ dan spoiler belakang M.

Menambahkan nilai eksklusifnya, BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre hadir dengan lencana ‘50 Jahre Edition’ pada plak pemegang cawan dan ukiran khas pada tiang B kereta menandakan status pengeluaran terhad model ini.

BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre dikuasakan oleh enjin 3.0 liter B58 enam silinder sebaris, menghasilkan kuasa 387hp dengan tork 500Nm.

Ia boleh memecut dari pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh hanya 4.4 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 250 km/j.

Menyentuh mengenai warna luaran, BMW M340i xDrive Editon 50 Jahre hadir dalam warna Alpine White, Arctic Race Blue, M Brooklyn Grey dan Black Sapphire.

Untuk ruangan kabin, model ini hadir dengan upholsteri Sensatec dalam warna hitam dan Tacora Re serta panel instrumen mewah.

Ciri eksklusif lain perehat tangan ‘M Performance’ dibalut Alcantara dan paddle gear ‘M Performance’ daripada serat karbon bagi menambah dimensi baharu semasa pemanduan.

Terdapat panel instrumen 12.3 inci, skrin sentuh di bahagian tengah bersaiz 14.9 inci untuk infotainment, malah model ini turut dilengkapi sistem bunyi Harmon Kardon 464 watt dengan 16 pembesar suara bagi pengalaman audio yang lebih mantap.

Selain itu, sedan eksklusif ini hadir dengan beberapa penambahbaikan termasuk kawalan pemanduan aktif dengan fungsi berhenti dan jalan bantuan parkir plus.

Kesimpulannya, BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre merupakan sebuah kereta ikonik yang mempunyai peminatnya tersendiri dan rekaan edisi khas ini tetap menyerlah dengan signatur BMW 3 Series yang dikekalkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN