fbpx

Piala Sudirman: Skuad negara tersingkir di tangan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao ketika turun berjuang di Piala Sudirman 2025.

KUALA LUMPUR – Harapan skuad badminton negara untuk melangkah ke pentas separuh akhir Piala Sudirman 2025 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada juara 13 kali, China sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Gimnasium Fenghuang, Xiamen, China tersebut, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal menghadirkan mata pertama apabila tewas kepada pasangan tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dengan keputusan 17-21, 17-21 dalam masa 49 minit.

Meskipun cuba memberi tentangan dalam kedua-dua set, pasangan negara dilihat bergelut menyaingi corak permainan agresif pihak lawan, sekali gus membolehkan China mendahului perlawanan.

China terus menggandakan tekanan apabila pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Shi Yu Qi mudah menundukkan Leong Jun Hao 21-6, 21-14 dalam masa 38 minit, menjadikan kedudukan 2-0 memihak tuan rumah.

Jun Hao yang menghuni ranking ke-26 dunia cuba memberikan saingan pada set kedua, namun kelebihan dari segi pengalaman nyata memihak Yu Qi yang tidak memberi ruang untuk pemain negara bangkit.

Perseorangan wanita, K. Letshanaa pula gagal menghadang kemaraan pemain ranking ketujuh dunia, Chen Yu Fei yang hanya memerlukan 32 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-8, 21-7 sekaligus melengkapkan kemenangan bersih China 3-0.

Dengan keputusan itu, China, yang juga juara sebanyak 13 kali, mara ke separuh akhir dan kini berada di landasan terbaik untuk memburu gelaran ke-14 di hadapan penyokong sendiri.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia sekali lagi gagal menembusi dominasi China dalam kejohanan berpasukan campuran paling berprestij di dunia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI