PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda 13 negeri sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut MetMalaysia, antara negeri terlibat adalah Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)
Ujarnya, hujan lebat dijangka melanda Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang) dan Kelantan (Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).
“Cuaca buruk itu turut melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.
“Bagi Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu dan Kuala Nerus, manakala Pahang di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan serta Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang),” kata MetMalaysia.
Amaran yang sama dikeluarkan di Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru
“Sarawak juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama di Kuching (Kuching), Serian, Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
“Bagi Sabah pula, melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan) dan Kudat (Kota Marudu),” lapor MetMalaysia. – KOSMO ONLINE