fbpx

Lelaki didenda RM8,000 cuba suap polis kes ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chin Haur (kemeja-T kelabu) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu lori didenda RM8,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba merasuah polis kerana memiliki air ketum, empat tahun lalu.

Tang Chin Haur,45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menawarkan suapan berjumlah RM3,900 kepada Koperal Mohd Aliyudin Abdul Aziz sebagai dorongan tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 iaitu memiliki cecair disyaki air ketum.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di khemah sekatan jalan raya di Jalan Sungai Bakau di Nibong Tebal pada 27 Jun 2021.

Bagi kesalahan itu beliau didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Azura Zulkifli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, Chin Haur dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan menanggung ibu bapanya, isteri serta seorang anak yang masih bersekolah.

Kosmo! difahamkan, tertuduh sudah membayar denda yang dikenakannya sejurus pertuduhan terhadapnya selesai dijalankan, pagi tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI