fbpx
Borhan ketika ditemui pemberita di Majlis Pecah Tanah Pembinaan Krematorium Jalan Serdang Belah, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI

Lebih 150 keluarga mangsa letupan Putra Heights terima bantuan sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Kira-kira 150 keluarga yang terlibat dalam insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini, menerima bantuan sewa daripada kerajaan Selangor.

Menurut Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri, Datuk Borhan Aman Shah, setiap keluarga menerima bantuan sewa selama tiga bulan berjumlah RM6,000.

“Bantuan sebanyak RM2,000 sebulan itu disalurkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara pemindahan terus ke akaun mangsa yang terlibat.

“Ahad lalu, lebih 70 keluarga terima bantuan sewa dan terkini, 70 keluarga pada semalam. Setakat ini, lebih 150 keluarga terima pendahuluan tiga bulan sewa iaitu RM6,000,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Pembinaan Krematorium Jalan Serdang Belah, Kampung Sungai Buaya, di sini hari ini.

Borhan memberitahu, secara keseluruhan 396 keluarga yang dikesan terlibat dalam insiden berkenaan namun jumlah penerima dijangka akan bertambah.

“Selebihnya (penerima lain) akan dapat mengikut peringkat kerana ada lagi dalam proses sebab kita kena buat siasatan dulu berlandaskan laporan daripada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT),” jelasnya.

Mengulas mengenai bantuan membina semula rumah, beliau memaklumkan kerajaan Selangor masih meneliti dan mengkaji bentuk bantuan untuk pembinaan atau pembangunan semula rumah mangsa insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI