fbpx

Cuaca buruk di empat negeri sehingga tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan Kedah, Pahang, Pulau Pinang dan Sabah.

Antara kawasan yang terlibat di Kedah ialah (Langkawi) manakala di Pahang, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat ialah di (Rompin).

“Ribut petir pula dijangka berlaku di Pulau Pinang serta di Sabah melibatkan kawasan di Tawau (Semporna dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” kata kenyataan itu.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI