fbpx

Enam gengster ditahan belasah mati penjual sate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang kelihatan terbaring dan berlumuran darah akibat dibelasah sekumpulan lelaki di hadapan sebuah pusat hiburan di Bintulu.

BINTULU – Enam gengster ditangkap selepas membelasah seorang penjual sate hingga mati di hadapan sebuah pusat hiburan di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, kesemua lelaki tempatan dan asing yang ditahan berusia dalam lingkungan 40-an.

“Kesemua suspek ditangkap di Miri. Dengan tangkapan itu kita dapat menyelesaikan kes bunuh tersebut dalam masa kurang 24 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, permohonan reman ke atas enam suspek tersebut akan dibuat di Mahkamah Majistret Bintulu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Video pergaduhan itu turut tular di media sosial dengan mangsa dilihat dalam keadaan berlumuran darah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI