fbpx
Zambry (dua dari kiri) ketika menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program UTM TechnoXplorer 2025 di SMK Ahmad Boestamam di Sitiawan dekat Lumut hari ini.

Universiti bebas tentukan kursus mereka sendiri – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa semua institusi pengajian tinggi (IPT) diberikan kebebasan untuk menentukan kursus masing-masing kerana status kuasa autonomi telah diberikan kepada pihak universiti.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tidak timbul juga soal pihak universiti perlu mengikut telunjuk Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk memilih kursus mereka kerana ia bukan tanggungjawab agensi tersebut.

“MQA hanya bertanggungjawab memastikan sebarang kursus yang bakal ditawarkan di universiti akan menepati kualiti dan piawaian yang telah ditetapkan namun bukan sebagai penentu mutlak,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Universiti Teknologi Malaysia (UTM) TechnoXplorer 2025 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang menggesa agar universiti awam diberikan lebih banyak autonomi selain mengurangkan halangan birokrasi bagi membolehkan IPT negara berkembang maju.

Pada masa sama, Zambry berkata, setiap mata pelajaran dan kursus yang mahu dilaksanakan di universiti akan dibincangkan di peringkat MQA terlebih dahulu bagi tujuan kawalan kualiti.

Katanya, MQA akan bertindak sebagai panduan kepada pihak universiti supaya kursus baharu yang bakal ditawarkan adalah bermutu dan tidak bersifat tangkap muat atau rendah nilainya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI