DUNGUN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menyelamatkan 29 ekor burung dilindungi dalam serbuan di dalam sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, di sini baru-baru ini.
Serbuan pada 11 April lalu itu berjaya merampas 15 ekor burung serindit dan 14 ekor burung bayan puling yang disyaki dipelihara sekumpulan lelaki tanpa lesen sah.
Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, sembilan lelaki disyaki individu yang membela burung-burung dilindungi terbabit.
“Siasatan awal mendapati mereka tidak lesen dan kebenaran daripada Perhilitan untuk memelihara 29 ekor burung terbabit.
“Kita sedang melakukan siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE