fbpx

Ini bukan banjir biasa tetapi berbau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Syafiq membersihkan kediaman yang dilanda banjir di Taman Saujana Aman, Kuala Selangor, hari ini. -FOTO ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – “Banjir itu bukan biasa kerana turut membawa lumpur tebal dan berbau busuk,” itu luahan penduduk Taman Saujana Aman di sini, apabila puluhan kediaman mereka dinaiki air selepas ban berdekatan kawasan itu pecah hingga menyebabkan limpahan, kelmarin.

Penduduk, Mohd Fariq Khairy, 41, berkata kejadian itu bukan saja melimpah masuk ke ruang tamu dan dapur rumahnya malah kesan lumpur yang sukar dibersihkan.

“Apabila banjir surut, lumpur memenuhi kawasan rumah dan berbau busuk hingga menyebabkan saya terpaksa guna jet air bertekanan tinggi untuk mencuci. Banjir lumpur yang berlaku merosakkan harta benda jika tidak dibersihkan segera,” katanya ketika ditemui hari ini.

Kosmo! pada 6 Januari lalu melaporkan lebih 1,000 penduduk itu gelisah dengan keadaan tembok konkrit di tebing Sungai Buloh sepanjang kira-kira 1 kilometer (km) apabila terdapat kesan rekahan dan retak, malah sebahagiannya sudah runtuh.

Bagi Muhd. Syafiq Suhaimi, 32, kediamannya sudah tiga kali dilanda banjir biarpun baru lebih setahun menetap di taman perumahan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi taman berkenaan, Mohamad Rizuan Sulaiman berkata, masalah banjir semakin kerap berlaku sejak tahun 2021 dengan tahap impak yang membimbangkan.

“Taman ini berada berdekatan Sungai Desa Aman iaitu cabang Sungai Selangor yang sering kali melimpah jika hujan lebat dan tidak mampu menampung kapasiti air. Aduan telah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) namun belum ada penyelesaian tuntas sehingga kini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI