fbpx
PUTERA BOBO tidak menyangka percubaannya menyanyi sambil memakai kostum membuahkan hasil.

‘Saya dapat undangan menyanyi dari Indonesia, Brunei’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun tidak menyangka menjadi terkenal sekelip mata selepas klip video nya­nyiannya dengan memakai kos­tum beruang pada Ramadan lalu tular di media sosial.

Putera Bobo atau nama sebenarnya Putera Shah Nasratullah Muhd. Nasran menjadi terkenal hingga mendapat undangan menyanyi di luar negara sejak akhir bulan lalu.

“Saya sebenarnya menyanyi secara sambilan di Bazar Ra­madan Up Town Jerteh di sini pada bulan puasa mulai 15 Ra_madan lalu. Bagi mencipta kelainan, saya memakai kostum beruang.

“Tak sangka klip video saya membuat persembahan me­nyanyi lagu Korban Perceraian nyanyian penyanyi Indonesia, Arfa Arnold tular hingga ke Indonesia, Singapura, Vietnam dan China,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Jerteh semalam.

Putera Bobo yang juga cucu pendikir barat legenda Kelantan, Tok Do Jali dilantik menjadi duta produk kosmetik, Rosel Whitening.
Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, selain menjadi duta produk, dia juga tidak menang tangan menerima tawaran membuat persembahan di sekitar Pantai Timur.

“Saya juga mendapat jemputan membuat persembahan di Indonesia, Singapura dan Brunei pada bulan depan.

“Sewaktu tular ketika me­nyanyikan lagu Korban Perceraian, netizen menyangkakan saya berasal dari Indonesia sedangkan saya remaja biasa dari Kampung Bukit Rambutan di sini,” kata­nya.

Putera Bobo berkata, dia mula mengasah bakat sebagai penyanyi menerusi kumpulan dikir barat, Awan Seri Muda sejak setahun lalu.

Katanya, selain datuk yang merupakan pendikir barat terkenal, bapanya, Mohd. Nasran Shaari, 39, dan ibu, Eliani Mohd. Ghazali, 38, juga terlibat aktif dalam aktiviti kesenian Pantai Timur tersebut.

Sementara itu, Eliani yang juga dikenali sebagai ‘Ilyani Queen’ dalam kalangan peminat dikir barat berkata, dia dan suami akan memastikan Putera Bobo dapat membahagikan masa antara pelajaran dan tuntutan sebagai penyanyi.

“Ramai percaya anak saya (Putera Bobo) boleh menghayati lagu Korban Penceraian kerana pengalaman hidup.

“Tidak, kami keluarga bahagia. Saya dan suami (Mohd. Nasran) tiada masalah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN